Sunday 4 October 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan 2015

Assalamualaikum

Lama juga tidak menjenguk blog ini kerana kesibukan yg melanda menyebabkan masa yang ada untuk meng'update' blog ini amatlah minimum sekali.
Saya amat 'respect' kepada mereka yang mampu menulis di blog masing-masing setiap hari. Ianya bukan mudah dan hanya mereka yang minat menulis sahaja yang mampu berbuat demikian.

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tentang Pakej Fotografi Perkahwinan yang saya sediakan untuk tahun ini. Kepada pembaca yang ingin mendapatkan perkhidmatan fotografi khusus untuk majlis bertunang, nikah & sanding, dan juga bertandang, boleh laa pertimbangkan pakej dari kami. :)

Selain dari fotografi perkahwinan, kami juga ada menyediakan perkhidmatan fotografi untuk Majlis2 Rasmi & Syarikat, Fotografi Keluarga, Kids & Baby Fotoshoot, Fotografi Pengiklanan & Produk, Majlis Akikah, Majlis Konvokesyen dan lain-lain lagi. 

Pakej yang saya tawarkan mengamalkan konsep 'fleksibiliti' di mana pakej akan di buat berdasarkan permintaan & bajet customer. Ianya pasti MENARIK, MAMPU MILIK, & MEMENUHI KEHENDAK tuan/puan semua. Insya Allah.

Baiklah, jangan segan untuk bertanya sebarang soalan tentang pakej yg ditawarkan. Hubungi saya di:

Farris - 016-5644257 (call/sms/whatsapp)
email: farris379@gmail.com

Ribuan terima kasih atas sokongan yang di berikan selama ini.


Sebarang tempahan untuk Majlis Nikah / Perkahwinan berlangsung sebelum 25 Oktober 2015, selain dari apa yang ditawarkan dalam pakej di atas, pelanggan juga akan di hadiahkan 1 set 6 x 6 Mini Square Photobook - 40 pages yang amat menarik!!

Sample 6 x 6 Mini Square Photobook
Jangan tunggu lagi, HUBUNGI kami SEKARANG !! :)

Friday 24 October 2014

Tahun Baru 2014

Tahun baru muncul kembali. Kali ini giliran tahun genap pula, 2014. Ia menandakan semakin singkat umur kita, jika dikira dari tarikh mati kita yang tidak kita ketahui. Seandainya setiap manusia tahu tarikh mati masing-masing, nescaya tiada yang ingin bersusah payah berpusu-pusu dalam kesibukan jalan raya yang hebat, untuk meraikan detik 12 malam, walhal untuk mengucapkan ucapan “Selamat Tahun Baru” juga akan menjadi keberatan dan tiada mood. Kenapa? Kerana pasti masing-masing takut dan risau dengan umur yang semakin kurang, berkadaran langsung dengan amalan yang kurang juga. Melainkan jika amalan diri semakin meningkat, berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Itupun mereka yang beriman, hati senantiasa risau samada amalan-amalan tersebut akan diterima Allah SWT atau tidak. Doa perlu dipanjatkan, yg terkandung di dalamnya harapan agar amalan-amalan kita di terima Allah SWT. Sesungguhnya, Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha mengasihani. Ianya suatu keyakinan yang harus ada dalam diri, dalam setiap insan mukmin.

Kali ini, saya dan keluarga hanya berada di rumah kami di Bandar Universiti, semasa hari-hari terakhir tahun 2013. Alhamdulillah, tiada perasaan untuk keluar bersama meraikan sambutan tahun baru. Sekadar mengetahui ada beberapa acara sambutan yang akan diadakan di kawasan perniagaan Sri Iskandar melalui banting-banting yang bertaburan sepanjang jalan sebagai mempromosikan acara tersebut. Yang pasti, akan ada pertunjukan bunga api, yang jika betul ada, ianya boleh dilihat dengan jelas dari kawasan perumahan kami. Cukuplah, sekadar menceriakan anak-anak jika ada yang mahu melihat. Itupun jika mampu menunggu hingga 12 tgh malam. 

Saya tertarik dengan status facebook seorang rakan yang bertulis “ ramai yang tanya di mana saya menyambut tahun baru, saya menjawab; saya sudah banyak kali menyambut tahun baru sepanjang hidup saya. Semalam saya tidur pukul 9 malam, dan bangun pukul 4 pagi sembahyang”.  Ianya sesuatu yang terkesan di hati. Tanpa berfikir dua kali, status tersebut terus saya ‘Like’, disusuli dengan senyum berseorangan.

Jam menunjukkan pukul 12 tgh malam. Anak kami, Faheem dan Nuha masih segar bermain dan berlari sana sini dalam rumah. Tetiba kedengaran bunyi dentuman bunga api di kejauhan, tetapi tetap jelas kedengaran. Kelihatan cahaya merah dan kuning menyinari langit malam, dari kejauhan sejurus selepas kami keluar ke halaman. Namun, percikan bunga api terlindung disebalik deretan rumah dua tingkat di hadapan rumah kami. Untuk melegakan rengekan berterusan dari Faheem dan Nuha yang begitu konsisten mengajak saya untuk keluar kedepan sedikit supaya kelihatan cahaya percikan bunga api, saya gagahkan juga untuk mnghidupkan enjin motor Honda Wave 100 saya. Dengar sahaja enjin motor, keduanya berteriak kegembiraan. Kedua mereka saya angkut sahaja dengan motor dan terus ke jalan yg menghadap ke tempat bunga api dimainkan. Mujurlah anak kami yg paling kecil, Nida Sofia sudah nyenyak dibuai mimpi. Kalau tak, pasti tiga orang sekali kena 'angkut' pergi. Hehe. Dentuman masih berterusan, dan kelihatan jelas bunga api dari Sri Iskandar, 1 km jaraknya dari taman perumahan kami. Ianya perasaan biasa biasa sahaja untuk saya melihat percikan bunga api, tetapi untuk anak-anak kecil ianya sebaliknya. Mereka begitu teruja melihat dan mendengar dentuman-dentuman bunga api yang mertebaran di angkasa. Terbayang kepuasan di muka keduanya.

Tahun 2013 berlalu pergi dengan pelbagai kenangan manis dan pahit. Yang nyata, ianya tidak berlalu umpama debu yang berterbangan. Sebagai orang Islam, segala apa yang dikerjakan sepanjang tahun dan waktu-waktu terdahulu, samada yang baik atau buruk, pastinya tercatat rapi dalam buku amalan masing-masing. Jika berat amal kebaikan yang dilakukan, maka janji Allah SWT kepada hamba-Nya adalah syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Dan mereka kekal di dalamnya. Manakala, jika berat keburukan dalam buku amalan tersebut, maka mengikut aturan, nerakalah tempatnya. Wana’uzubillahi. Namun, peluang senantisa ada untuk kita memadamkan segala tulisan keburukan yang pernah dicatatkan dalam buku amalan kita. Ianya mampu dilakukan melalui amalan taubat. Taubat nasuhah. Taubat yang benar-benar lahir dari hati dengan seribu penyesalan terhadap segala keterlanjuran yang pernah dilakukan dan berazam sepenuh hati untuk tidak mengulangi dosa tersebut lagi.  Sungguh, Allah Maha pengampun lagi Maha mengasihani.

Lembaran 2014 bakal mencatatkan sesuatu yang baru. Moga kita berusaha untuk mencatat amalan yang terbaik pada tahun ini, dan semoga ianya dikira dan diterima Allah SWT yang akan membantu kita pada hari Perbicaraan kelak. Ya Allah, aku pohon keredhaan-Mu. Berilah kekuatan kepada kami sekeluarga untuk menjadi Muslim yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Gambar di kawasan Taman Botani, Perak semasa perjalanan pulang dar Ipoh ke rumah pada minggu terakhir tahun 2013.

Farris
Bandar Universiti
01.01.2014

Thursday 27 June 2013

Perkahwinan Sue & Din | 31 Mei 2013



Assalamualaikum,
Nampaknya, agak lama juga menyepi dari menulis sesuatu di blog ini. Bukan kerana tiada minat, tetapi masa yang ada dirasakan amat suntuk sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa begitu, dan ianya menjadi  persoalan yang senantiasa berlegar di fikiran saya. Masa sehari dirasakan amat pantas berlalu.

Selamat Pengantin Baru :)
Okeylah, kerana tidak mahu membuang masa dengan tulisan yg meleret-leret, saya akan terus sahaja ke isu yg hendak di kongsikan. Perkahwinan lagi. Kali ini, majlis perkahwinan adik perempuan saya, Suriyani (a.k.a Sue) yg berlangsung di rumah emak di Kota Bharu. Ianya berlangsung pada 31 May 2013, akad nikah, disusuli dengan resepsi pihak perempuan pada 1 Jun 2013, dan majlis menyambut menantu di pihak lelaki pada 3 Jun 2013.

Alhamdulillah, majlis akad nikah berjalan lancar, pada petang Jumaat 31 May 2013 selepas Asar. Agak cemas juga, kerana saya hanya dapat pulang dari bertugas (tugas di laut china selatan) pada 30 Jun, Khamis. Setibanya di darat, saya terus bergegas pulang ke Perak untuk persiapan barang-barang untuk kami sekeluarga pulang ke Kelantan ke esokan harinya. Mujurlah kebanyakan barang sudah di ‘packing’ kan oleh isteri. Yup, bukan mudah untuk memastikan semua pakaian (termasuk pakaian untuk 3 org budak kecik a.k.a The Chomels) siap dlm bag sepenuhnya.

Acara makan-makan bersama pengantin

Esoknya, Jumaat kami sekeluarga bertolak pulang ke Kota Bharu dan selamat tiba dlm pkl 4 ptg, sejam sebelum majlis akad nikah. Majlis bermula dan saya pula dipilih sebagai saksi pihak perempuan dalam majlis akad nikah tersebut. Segala persiapan perkahwinan sebenarnya sudah bermula beberapa bulan lebih awal oleh emak saya (akan di kenali sebagai ‘Mami’ – nama manja; dalam penulis seterusnya). Jadi tiadalah berlaku kelam kabut di saat2 akhir. Dari gubahan hantaran pengantin lelaki & perempuan, gubahan bilik tidur pengantin, ‘door gift’ untuk saudara mara dan pihak pengantin lelaki dan lain-lain , semuanya di siapkan oleh Mami awal-awal lagi. Sebagai seorang kreatif yg meminati seni gubahan, menyiapkan semua ini menjadi kegemaran, dan tidak dianggap beban olehnya. Raut kepuasan terserlah apabila semuanya dapat disiapkan sebagaimana yg dirancang.  Kami adik beradik juga tidak lepas dari tolong menolong untuk persiapan terakhir sebelum dan semasa majlis berlangsung. Terima kasih juga kepada saudara mara yang dekat mahupun yg jauh, yang hadir ke kenduri kami ini. Maaf atas segala kekurangan.
Hantaran buatan Mami
 

Walau apa pun, yang penting majlis perkahwinan yg dirancang berjalan lancar. Ucapan tahniah dari kami sekeluarga kepada Sue dan suami, ‘Cikgu Din’. Semoga mendapat keberkatan Allah SWT dlm meneruskan kehidupan baru sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Insya Allah.
Majlis ini juga adalah majlis perkahwinan terakhir yg melibatkan ahli keluarga saya. Tiada lagi yang membujang, dan semua sudah bekeluarga. Diharap, hubungan sesame keluarga senantiasa utuh dan tiada renggang. Kesilapan sedikit sebanyak adalah asam garam dan lumrah dalam kehidupan bekerluarga. Yang penting, semangat maaf memaafi dan tegur menegur antara satu sama lain. Barakallah.
Gambar kanak-kanak riang sepanjang majlis

Wednesday 27 March 2013

Azury's Wedding

Salam...

Last weekend, me and family had a chance to attend our friend wedding in Sg. Petani, Kedah. It was a bright sunny day, driving from our home Sri Iskandar Perak to Sg Petani took us around three and half hour. Arrived at bridegroom house around 2:00PM, just in time to fill up our tummy with nasi and all the 'lauk pauk' serve to the guest. Met few of our old friends, Macai, Adlan, Zamri, Kimon, Kimi and all who were there also attending the events. Yes, some of us look very different, especially the body sizes, hehe. Anyway, it was a great journey to SP, and we wish "Selamat Pengantin Baru" to our friend Azury and his new wifey. Barakallah...

Picture taken using Canon S100 Powershot with natural light

Tuesday 22 January 2013

Baby Photoshoot :)

Salam semua,

Kalau ikutkan statistik subjek yang paling banyak di ambil gambarnya ialah bayi. Tanya lah sesiapa pun samada yg mempunyai kamera ataupun tidak, mereka pasti teruja untuk mengambil gambar bayi. Tetapi proses merakam gambar bayi tidaklah semudah yang disangkakan. Ia memerlurkan kesabaran yang tinggi, terutama dalam menyediakan bayi tersebut dalam posisi menarik yang kira mahukan.

Kalau yg jenis senang dan memang suka berposing depan kamera, okeylah. Tapi kalau yang bila letak jer, asyik nak berpusing sana sini, memang boleh pening kepala jurugambar dibuatnya.

Merakam gambar bayi juga memerlukan daya kreativiti yg tinggi untuk memastikan gambar yang diambil dapat menterjemahkan kelembutan, kesucian dan keunikan bayi yang dirakam gambarnya. Penggunaan 'props' yang betul juga amat penting untuk menterjemahkan gambar bayi mengikut konsep tertentu yang di idamkan.

Walau apa jua pun kepayahan dan kerumitan yang dihadapi, saya tetap mengatakan yang merakam gambar bayi memberi penuh makna dan cabaran yang tersendiri kepada diri. Ia tetap menjadi subjek kegemaran saya dan saya tetap akan terus merakam gambar-gambar bayi ini selagi berpeluang melakukannya.

"Detik-detik manis dan aksi comel anak-anak akan terlepas begitu sahaja mengikut masa dan arus pembesaran seorang insan jika ianya tidak diabadikan. Berilah peluang kepada diri untuk menatap lagi aksi-aksi ini walaupun umur mereka sudah meningkat dewasa. Mari rakamkan :)!!"

Gambar-gambar yang diambil semasa sessi photoshoot bayi yang terbaru.

Menggunakan kain putih & hitam sebagai prop.

Bantal juga digunakan untuk membantu bayi dalam keadaan posisi meniarap

Tambahan subjek kekadang dapat menambah kepelbagaian dalam shot yang diambil.
Kepada pembaca yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mengambil gambar2 'newborn baby', anak-anak2 atau gambar keluarga, boleh lah emailkan kepada kami di:

farris379@gmail.com

Insya Allah, kami akan menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang amat rendah dan berpatutan.

Sekian, dan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada kami :)

Saturday 1 December 2012

Aimran & Julieana | Wedding

Gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis perkahwinan pasangan pengantin, Aimran dan Julieana yang berlangsung di Dewan Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan. Semoga berbahagia bersama pasangan dan selamat menjalani kehidupan berkeluarga!! :)















Hazan & Saidah | Wedding

Gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis perkahwinan yang berlangsung awal tahun ini di rumah pengantin lelaki dan perempuan di sekitar Kelantan. Semoga berbahagia dan sentiasa dalam keberkatan Allah SWT.