Tuesday 22 January 2013

Baby Photoshoot :)

Salam semua,

Kalau ikutkan statistik subjek yang paling banyak di ambil gambarnya ialah bayi. Tanya lah sesiapa pun samada yg mempunyai kamera ataupun tidak, mereka pasti teruja untuk mengambil gambar bayi. Tetapi proses merakam gambar bayi tidaklah semudah yang disangkakan. Ia memerlurkan kesabaran yang tinggi, terutama dalam menyediakan bayi tersebut dalam posisi menarik yang kira mahukan.

Kalau yg jenis senang dan memang suka berposing depan kamera, okeylah. Tapi kalau yang bila letak jer, asyik nak berpusing sana sini, memang boleh pening kepala jurugambar dibuatnya.

Merakam gambar bayi juga memerlukan daya kreativiti yg tinggi untuk memastikan gambar yang diambil dapat menterjemahkan kelembutan, kesucian dan keunikan bayi yang dirakam gambarnya. Penggunaan 'props' yang betul juga amat penting untuk menterjemahkan gambar bayi mengikut konsep tertentu yang di idamkan.

Walau apa jua pun kepayahan dan kerumitan yang dihadapi, saya tetap mengatakan yang merakam gambar bayi memberi penuh makna dan cabaran yang tersendiri kepada diri. Ia tetap menjadi subjek kegemaran saya dan saya tetap akan terus merakam gambar-gambar bayi ini selagi berpeluang melakukannya.

"Detik-detik manis dan aksi comel anak-anak akan terlepas begitu sahaja mengikut masa dan arus pembesaran seorang insan jika ianya tidak diabadikan. Berilah peluang kepada diri untuk menatap lagi aksi-aksi ini walaupun umur mereka sudah meningkat dewasa. Mari rakamkan :)!!"

Gambar-gambar yang diambil semasa sessi photoshoot bayi yang terbaru.

Menggunakan kain putih & hitam sebagai prop.

Bantal juga digunakan untuk membantu bayi dalam keadaan posisi meniarap

Tambahan subjek kekadang dapat menambah kepelbagaian dalam shot yang diambil.
Kepada pembaca yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mengambil gambar2 'newborn baby', anak-anak2 atau gambar keluarga, boleh lah emailkan kepada kami di:

farris379@gmail.com

Insya Allah, kami akan menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang amat rendah dan berpatutan.

Sekian, dan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada kami :)