Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya lah blog ini berjaya dilahirkan. Saya begitu teruja untuk meneruskan penulisan pada kali ini, dan diharap ia tidak akan berakhir separuh jalan sebagaimana yang telah terjadi sebelum ini :)
Blog ini akan memaparkan kebanyakkan nya hasil-hasil dari bidang yang saya ceburi secara serius dari tahun 2007, iaitu fotografi. Walaupun sejak di bangku sekolah lagi saya begitu berminat dalam bidang ini, tetapi ia hanya sekadar kegiatan suka-suka di masa terluang. Keterujaan untuk memetik 'shutter' dan debaran tatkala menerima gambar yang diproses di kedai gambar amat manis jika dimbas kembali. Ia perasaan yang jarang hadir sekarang kerana teknologi kamera yang telah berubah dari filem ke digital. Walaupun masih ada yang setia dengan filem kamera, tetapi majoriti nya tidak begitu, termasuk lah saya.
Bermula dengan kamera digital pertama, Nikon D60 yang dibeli di Plaza Low Yat, sedikit demi sedikit pelaburan untuk peralatan kamera ditambah dengan pembelian beberapa aksesori lagi dan juga kamera digital lain untuk melengkapkan pakej peralatan fotografi. Bermula dengan kamera ini juga saya banyak belajar cara-cara merakam gambar dan seterusnya terus berkarya dalam bidang ini.
Saya juga ada terlibat dalam merakam gambar majlis-majlis perkahwinan, pertunangan, majlis rasmi dan sebagainya. Biasanya, kebanyakan yang menjadi 'customer' terdiri dari kawan-kawan dan saudara mara. Walaupun begitu, saya senantiasa bersedia untuk merakam saat-saat indah majlis sesiapa sahaja yang berminat dan memerlukan perkhidmatan jurufoto.
Kebanyakkan gambar yang saya ambil menitik beratkan faktor 'moment' untuk merakamkan situasi sebenar majlis, yang kadangkala diserikan dengan aksi-aksi kandid hadirin yang hadir. Saya yakin dengan cara yang sedemikian, akan memberi lebih masa kepada pengantin atau 'tuan empunya' majlis untuk berinteraksi dengan para hadirin dan jemputan. Bukan kah itu tujuan sebenar majlis diadakan, iaitu untuk meraikan tamu yang hadir?
Foto pemandangan atau lanskap juga merupakan kegemaran saya dalam bidang fotografi ini. Ia sungguh unik kerana setiap foto yang dirakam adalah berlainan walaupun menggunakan 'setting' kamera yang sama, dan dirakam di tempat yang sama. Ini kerana, kita tidak mungkin dapat memperoleh penataan cahaya yang sama setiap kali gambar dirakam. Ia begitu mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi, sudah tentu :)
Semoga berjumpa lagi di 'entry' yang akan datang :)
Akan datang saya akan memaparkan foto-foto yang pernah saya rakam sebelum ini, dan harap mendapat teguran dan kritikan membina dari rakan-rakan sekalian.
Sampai ketemu lagi,
![]() |
Hi, nama saya Faheem. Selamat datang ke blog saya & abi yea :) |
nice entry
ReplyDeleteThanks for visiting my blog :)
ReplyDelete