Assalamualaikum,
Nampaknya, agak lama juga menyepi dari menulis sesuatu di
blog ini. Bukan kerana tiada minat, tetapi masa yang ada dirasakan amat suntuk
sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa begitu, dan ianya menjadi persoalan yang senantiasa berlegar di fikiran
saya. Masa sehari dirasakan amat pantas berlalu.
Selamat Pengantin Baru :) |
Okeylah, kerana tidak mahu membuang masa dengan tulisan
yg meleret-leret, saya akan terus sahaja ke isu yg hendak di kongsikan.
Perkahwinan lagi. Kali ini, majlis perkahwinan adik perempuan saya, Suriyani (a.k.a Sue) yg
berlangsung di rumah emak di Kota Bharu. Ianya berlangsung pada 31 May 2013,
akad nikah, disusuli dengan resepsi pihak perempuan pada 1 Jun 2013, dan majlis
menyambut menantu di pihak lelaki pada 3 Jun 2013.
Alhamdulillah, majlis akad nikah berjalan lancar, pada
petang Jumaat 31 May 2013 selepas Asar. Agak cemas juga, kerana saya hanya
dapat pulang dari bertugas (tugas di laut china selatan) pada 30 Jun, Khamis.
Setibanya di darat, saya terus bergegas pulang ke Perak untuk persiapan
barang-barang untuk kami sekeluarga pulang ke Kelantan ke esokan harinya.
Mujurlah kebanyakan barang sudah di ‘packing’ kan oleh isteri. Yup, bukan mudah
untuk memastikan semua pakaian (termasuk pakaian untuk 3 org budak kecik a.k.a The Chomels) siap dlm bag
sepenuhnya.
Esoknya, Jumaat kami sekeluarga bertolak pulang ke Kota
Bharu dan selamat tiba dlm pkl 4 ptg, sejam sebelum majlis akad nikah. Majlis
bermula dan saya pula dipilih sebagai saksi pihak perempuan dalam majlis akad
nikah tersebut. Segala persiapan perkahwinan sebenarnya sudah bermula beberapa
bulan lebih awal oleh emak saya (akan di kenali sebagai ‘Mami’ – nama manja;
dalam penulis seterusnya). Jadi tiadalah berlaku kelam kabut di saat2 akhir.
Dari gubahan hantaran pengantin lelaki & perempuan, gubahan bilik tidur
pengantin, ‘door gift’ untuk saudara mara dan pihak pengantin lelaki dan
lain-lain , semuanya di siapkan oleh Mami awal-awal lagi. Sebagai seorang
kreatif yg meminati seni gubahan, menyiapkan semua ini menjadi kegemaran, dan
tidak dianggap beban olehnya. Raut kepuasan terserlah apabila semuanya dapat
disiapkan sebagaimana yg dirancang. Kami
adik beradik juga tidak lepas dari tolong menolong untuk persiapan terakhir
sebelum dan semasa majlis berlangsung. Terima kasih juga kepada saudara mara yang
dekat mahupun yg jauh, yang hadir ke kenduri kami ini. Maaf atas segala
kekurangan.
![]() |
Hantaran buatan Mami |
Walau apa pun, yang penting majlis perkahwinan yg dirancang
berjalan lancar. Ucapan tahniah dari kami sekeluarga kepada Sue dan suami, ‘Cikgu
Din’. Semoga mendapat keberkatan Allah SWT dlm meneruskan kehidupan baru
sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Insya Allah.
Majlis ini juga adalah majlis perkahwinan terakhir yg melibatkan
ahli keluarga saya. Tiada lagi yang membujang, dan semua sudah bekeluarga.
Diharap, hubungan sesame keluarga senantiasa utuh dan tiada renggang. Kesilapan
sedikit sebanyak adalah asam garam dan lumrah dalam kehidupan bekerluarga. Yang
penting, semangat maaf memaafi dan tegur menegur antara satu sama lain.
Barakallah.
![]() |
Gambar kanak-kanak riang sepanjang majlis |